Ambil tiga sudu besar air dan satu sudu kecil garam. Kacau rata sebelum anda usapkan pada tulang hidung bayi.  Lakukan secara perlahan-lahan ketika dia ingin tidur. Ulangi langkah ini sehingga bayi anda terlelap. Petua ini diyakini dapat membantu bayi anda tidur lebih nyenyak. 

 


Setelah puas menelan ubat, apa kata kali ini anda mencuba petua ini untuk pulihkan batuk yang dialami. Ambil dua sudu  nasi yang masih panas, selepas itu campurkan dengan sedikit air dalam sebiji cawan. Setelah itu, embunkan nasi semalaman sebelum diminum airnya. Ulang langkah ini sehingga batuk anda pulih. 

 


Menu berasaskan ayam seringkali menjadi pilihan golongan ibu untuk dihidangkan kepada anak-anak. Sebagai ibu, pastinya anda menginginkan ayam yang dijamah oleh anak-anak bersih dan berlemak. Oleh itu, ikutilah petua ini. Mula-mula bersihkan ayam menggunakan air bersih. Kemudian, tambahkan sedikit tepung gandum ke dalam bekas ayam tadi. Perapkan seketika sebelum dicuci bersih dengan air. 


Masalah kelewatan haid tidak boleh dipandang remeh terutamanya buat kaum Hawa. Kelewatan haid bukan sahaja disebabkan faktor kehamilan, tetapi ada beberapa faktor lain sebenarnya yang perlu korang tahu mengenai kelewatan haid. 

Berikut merupakan 12 kemungkinan kenapa haid datang lewat dari kebiasaan yang kaum wanita tahu. 


1. Masalah kesihatan 

Demam panas secara tiba-tiba,  baru lepas menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan kepada tubuh badan, seterusnya mengganggu kitaran haid kaum wanita. 

2. Hormon prolaktin berlebihan

Hormon prolaktin yang berlebihan boleh menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda datang lewat berbulan-bulan.  Bagi yang sudah berkahwin, sekiranya susu keluar dari puting payudara atau pening kepala sebaiknya anda disarankan untuk berjumpa doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperolatinemia. 

3. Ubatan 

Pengambilan ubat-ubatan seperti jamu, menjalani rawatan alternatif tradisional atau program pelansingan  badan, ia boleh membawa kepada satu kemungkinan besar kelewatan haid. 

4. Masalah tiroid

Rasa panas. berdebar dan penurunan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda anda menghidap penyakit tiroid. Sebaiknya, check haid anda sama ada ia keluar sedikit atau tak ada langsung, segeralah berjumpa dengan doktor. 

5. Tekanan 

Bila berada dalam keadaan tertekan, badan akan mengeluarkan hormon stres yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid. Jadi, tekanan dalam bentuk fizikal dan mental juga boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya haid anda. 

6. Obesiti 

Berat badan berlebihan boleh memberi ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Hormon yang berlebihan akan menyebabkan haid terganggu dan seterusnya kelewatan haid. Cuba kurangkan 10 peratus daripada berat anda dan kemungkinan besar kitaran haid anda akan kembali seperti biasa. 

7. Terlalu kurus 

Terlalu kurus juga boleh menyebabkan masalah kepada kitaran haid. Hal ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu aktif seperti atlet. Dapatkan semula berat badan ideal untuk mengembalikan kitaran haid yang normal. 

8. Tersilap kira

Dikatakan 40 peratus golongan perempuan gagal mengingati tarikh sebenar haid mereka. Jika dalam kitaran 21-35 hari, haid anda adalah normal. Jadi, pastikan anda catat dekat kalendar hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak risau nanti. 

9. Ubat Pencegah Kehamilan. 

Kalau anda ada mengambil pil pencegah kehamilan seperti depo-provera atau implanon, ia mungkin jadi sebab haid anda datang lewat. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terhasil. Jadi, jika benar anda memang menggunakan kaedah ini, jangan risau. Diingatkan sekali lagi ini bagi wanita yang sudah berkahwin sahaja okey? 

10. Menyusu badan 

Ibu yang menyusu badan juga berkemungkinan haid tidak akan datang selama berbulan-bulan. 

11. Menopaus 

Wanita berusia 40-an dan mengalami haid yang semakin sikit atau jarang keluar haid adalah salah satu tanda menopaus. Untuk mengesahkannya, korang boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh dibuat. Peringkat umur sebegini juga disarankan untuk membuat pep smear bagi memastikan tidak mengalami masalah pangkal rahim. 

12. Hamil

Bagi yang sudah  berkahwin, jika tiada masalah seperti yang dinyatakan diatas maka confirmlah yang anda sedang berbadan dua. Kalau nak dapatkan kepastian buatlah pregnancy test dan segeralah berjumpa dengan doktor. 


Sumber: Majalah Remaja 

 



hye semua.... Assalamualikum... harapnya sahabat2 MF sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan berada di bawah perlindungan Allah swt. Hari ni MF nak share mengenai tip2 ataupun cara bagaimana untuk mendapat jiwa yang tenang. Terutamanya ketika bekerja. Maklumlah bila kita berada di pejabat kita sering berhadapan dengan pelbagai situasi.  Dengan tugasan yang berlambak yang perlu disiapkan persekitaran yang penuh dengan orang2 toksik.... hurmmm.... sangat2 menyesakkan kepala. Makin parah kalau setiap hati emosi terganggu. Jadi cuba ceriakan hati ketika menjalankan tanggungjawab yang diberikan.  Teruskan membaca, ye.... 

1. Kamu perlu menyukai bos sebagai ketua kamu ataupun setidak-tidaknya hormatilah dia kerana pangkatnya lebih daripada kamu. 

2. Elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu masalah, cuba cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya. 

3. Fokus pada kerja-kerja yang penting dan habiskannya terlebeih dahulu sebelum kamu memulakan kerja yang baharu. 

4. Saling hormat- menghormati di antara rakan-rakan sekerja yang lain. Jangan menimbulkan perasaan kurang senang terhadap mereka dan cuba amalkan gaya kerja yang berdedikasi. 

5. Senaraikan langkah-langkah yang boleh kamu lakukan untuk menjadi pekerja yang lebih produktif dan bertindaklah dengan segera. 

6. Elakkan berborak kosong yang boleh yang boleh memakan masa terlalu lama. Masa bukan sahaja akan dihabiskan begitu sahaja, malah kerja juga tidak disiapkan. Pekerja yang baik merupakan mereka yang pandai membahagikan waktu bekerja dan waktu berehat. 

7. Tunjukkan contoh yang baik dan teladan kepada rakan sekerja yang lain agar dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri kamu sendiri. 

8. Lakukan kerja2 persendirian di luar waktu kerja. Jangan cuba mengambil waktu bekerja untuk menyelesaikan hal-hal peribadi kamu yang tidak berkaitan. 

9. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang. Tenaga amat penting untuk untuk memulakan kerja dengan bersemangat pada keesokan paginya. 

10. Bersyukurlah dengan apa yang ada berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan. Bersyukur juga kamu diberi kesempatan melakukan perkara yang lebih baik.