Berikut merupakan 12 kemungkinan kenapa haid datang lewat dari kebiasaan yang kaum wanita tahu.
1. Masalah kesihatan
Demam panas secara tiba-tiba, baru lepas menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan kepada tubuh badan, seterusnya mengganggu kitaran haid kaum wanita.
2. Hormon prolaktin berlebihan
Hormon prolaktin yang berlebihan boleh menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda datang lewat berbulan-bulan. Bagi yang sudah berkahwin, sekiranya susu keluar dari puting payudara atau pening kepala sebaiknya anda disarankan untuk berjumpa doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperolatinemia.
3. Ubatan
Pengambilan ubat-ubatan seperti jamu, menjalani rawatan alternatif tradisional atau program pelansingan badan, ia boleh membawa kepada satu kemungkinan besar kelewatan haid.
4. Masalah tiroid
Rasa panas. berdebar dan penurunan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda anda menghidap penyakit tiroid. Sebaiknya, check haid anda sama ada ia keluar sedikit atau tak ada langsung, segeralah berjumpa dengan doktor.
5. Tekanan
Bila berada dalam keadaan tertekan, badan akan mengeluarkan hormon stres yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid. Jadi, tekanan dalam bentuk fizikal dan mental juga boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya haid anda.
6. Obesiti
Berat badan berlebihan boleh memberi ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Hormon yang berlebihan akan menyebabkan haid terganggu dan seterusnya kelewatan haid. Cuba kurangkan 10 peratus daripada berat anda dan kemungkinan besar kitaran haid anda akan kembali seperti biasa.
7. Terlalu kurus
Terlalu kurus juga boleh menyebabkan masalah kepada kitaran haid. Hal ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu aktif seperti atlet. Dapatkan semula berat badan ideal untuk mengembalikan kitaran haid yang normal.
8. Tersilap kira
Dikatakan 40 peratus golongan perempuan gagal mengingati tarikh sebenar haid mereka. Jika dalam kitaran 21-35 hari, haid anda adalah normal. Jadi, pastikan anda catat dekat kalendar hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak risau nanti.
9. Ubat Pencegah Kehamilan.
Kalau anda ada mengambil pil pencegah kehamilan seperti depo-provera atau implanon, ia mungkin jadi sebab haid anda datang lewat. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terhasil. Jadi, jika benar anda memang menggunakan kaedah ini, jangan risau. Diingatkan sekali lagi ini bagi wanita yang sudah berkahwin sahaja okey?
10. Menyusu badan
Ibu yang menyusu badan juga berkemungkinan haid tidak akan datang selama berbulan-bulan.
11. Menopaus
Wanita berusia 40-an dan mengalami haid yang semakin sikit atau jarang keluar haid adalah salah satu tanda menopaus. Untuk mengesahkannya, korang boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh dibuat. Peringkat umur sebegini juga disarankan untuk membuat pep smear bagi memastikan tidak mengalami masalah pangkal rahim.
12. Hamil
Bagi yang sudah berkahwin, jika tiada masalah seperti yang dinyatakan diatas maka confirmlah yang anda sedang berbadan dua. Kalau nak dapatkan kepastian buatlah pregnancy test dan segeralah berjumpa dengan doktor.
Sumber: Majalah Remaja
0 comments:
Post a Comment