hye semua.... Assalamualikum... harapnya sahabat2 MF sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan berada di bawah perlindungan Allah swt. Hari ni MF nak share mengenai tip2 ataupun cara bagaimana untuk mendapat jiwa yang tenang. Terutamanya ketika bekerja. Maklumlah bila kita berada di pejabat kita sering berhadapan dengan pelbagai situasi. Dengan tugasan yang berlambak yang perlu disiapkan persekitaran yang penuh dengan orang2 toksik.... hurmmm.... sangat2 menyesakkan kepala. Makin parah kalau setiap hati emosi terganggu. Jadi cuba ceriakan hati ketika menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Teruskan membaca, ye....
1. Kamu perlu menyukai bos sebagai ketua kamu ataupun setidak-tidaknya hormatilah dia kerana pangkatnya lebih daripada kamu.
2. Elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu masalah, cuba cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.
3. Fokus pada kerja-kerja yang penting dan habiskannya terlebeih dahulu sebelum kamu memulakan kerja yang baharu.
4. Saling hormat- menghormati di antara rakan-rakan sekerja yang lain. Jangan menimbulkan perasaan kurang senang terhadap mereka dan cuba amalkan gaya kerja yang berdedikasi.
5. Senaraikan langkah-langkah yang boleh kamu lakukan untuk menjadi pekerja yang lebih produktif dan bertindaklah dengan segera.
6. Elakkan berborak kosong yang boleh yang boleh memakan masa terlalu lama. Masa bukan sahaja akan dihabiskan begitu sahaja, malah kerja juga tidak disiapkan. Pekerja yang baik merupakan mereka yang pandai membahagikan waktu bekerja dan waktu berehat.
7. Tunjukkan contoh yang baik dan teladan kepada rakan sekerja yang lain agar dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri kamu sendiri.
8. Lakukan kerja2 persendirian di luar waktu kerja. Jangan cuba mengambil waktu bekerja untuk menyelesaikan hal-hal peribadi kamu yang tidak berkaitan.
9. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang. Tenaga amat penting untuk untuk memulakan kerja dengan bersemangat pada keesokan paginya.
10. Bersyukurlah dengan apa yang ada berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan. Bersyukur juga kamu diberi kesempatan melakukan perkara yang lebih baik.

0 comments:
Post a Comment